Matikan Autoplay Pada Windows Vista
Seperti yang kita sedia maklum, virus boleh mengaktifkan dirinya sendiri dengan mengekploitasi fungsi Autoplay dalam Windows. Sebab itulah virus dan malware sangat mudah merebak dari satu komputer ke komputer yang lain, terutamanya melalui perkongsian USB drive. Jadi, adalah lebih baik fungsi ini dimatikan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus.Saya ada menulis tentang cara-cara mematikan fungsi Autoplay pada Windows Vista:
1. Buka Control Panel dan pilih AutoPlay. Skrin untuk membuat tetapan terhadap AutoPlay akan dipaparkan.
2. Buang tanda pada “Use Autoplay for all media
3. Klik pada butang Save.
Semudah itu sahaja untuk mematikan fungsi Autoplay dalam Windows Vista.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TQ