Peperiksaan perlu ada: Dr Mahathir
2010/06/25
KANGAR: Peperiksaan walau dalam apa sistem sekali pun, tetap perlu diadakan kerana ia satu bentuk ujian untuk menilai kebolehan seseorang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau ketika mengulas isu pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), berkata apa yang perlu dinilai sebenarnya adalah kaedah pelaksanaan dan bukannya peperiksaan itu semata-mata.Kita perlu pastikan sistem yang akan diperkenal menggantikan UPSR dan PMR adalah lebih baik daripada sedia ada, termasuk mengkaji pelaksanaannya sebaik mungkin supaya ia menepati sasaran pelaksanaan dan berbaloi diperkenal menggantikan dua peperiksaan terbabit.Walau apa keputusan sekali pun (mansuh UPSR dan PMR atau tidak), sekurang-kurangnya satu jenis ujian perlu diadakan kerana ia adalah satu kemestian. Jika tidak sukar untuk kita mengetahui kebolehan orang, katanya kepada pemberita, di sini, semalam.
Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan amanat kepada lebih 2,000 warga Perlis, sempena majlis pertemuan khas bersama pemimpin dan rakyat di Dewan 2020, di sini.
Hadir sama, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBA) bagi menggantikan UPSR dan PMR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TQ