09 Disember 2010

TARIKH MESYUARAT

Untuk makluman semua guru Sek Keb Petaling 2, tarikh mesyuarat ditunda dari 20hb Dis 2010 ke tarikh 23hb Dis 2010. Diharap guru-guru mengambil perhatian atas perubahan tarikh tersebut. Guru-guru diminta hadir ke sek tepat pada pukul 8 pagi (23/12/2010). Jika berlaku perubahan akan dimaklumkan kemudian. Sekian Harap Maklum.

01 Disember 2010

DINNER2010

DUA HERO..
YDP PIBG SKP2
Pengerusi BKGK
'Ratu' of the night..
AJK PIBG
Ahli Keluarga Guru skp2
Tiup belon

Waktu/Tarikh/Hari Mesyuarat

Jadual waktu mesyuarat 2011..akan diuploadkan dlm masa terdekat...

03 November 2010

CUTI DEEPAVALI

4&5 hb Nov 2010 cuti...
Slmt menyambut Deepavali kepada semua warga SKP2 yang menyambut perayaan tersebut.

Isnin 8hb Nov 2010 sekolah dibuka semula..

28 Oktober 2010

Takziah

Takziah diucapkan kepada Pn IJa, atas kehilangan insan yang disayangi (adik).Semoga tabah menghadapinya, semoga beliau dicucuri rahmat..amin.

DINNER 2010

tema? emmm..cadangkan diruang ulasan..

Kenduri Kahwin

Warga SKP 2 yang menerima jemputan EN Mohd Faiq, jangan lupa 30 Oktober 2010..datang ke majlis perkahwinannya di Putrajaya. Semoga semuanya berjalan lancar..amin..

SGM-Standard Guru Malaysia


Salam..kepada semua cikgu-cikgu SKP 2. SGM dijalankan melalui online..semua guru diminta mendaftar id di laman http://www.moe.gov.my/sgm click menu instrumen(SGM) kemudian click pada http://apps.moe.gov.my/sgm daftarkan diri cikgu di laman ini. Cikgu-cikgu digalakkan menyiapkan soal selidik ini sehingga tamat, kerana khuatiri akan berlaku keksesakan laman ini di mana semu guru akan mengaksesnya. Cikgu diberi tempoh sehingga 20 Nov 2010 untuk mengisi borang SGM ini. Cikgu-cikgu boleh mengakses laman ini di mana-mana tempat yang mempunyai akses internet. Bilik ICT dan PAMS akan dibuka sepanjang hari persekolahan.Kegagalan cikgu-cikgu mengisi soal selidik ini dapat dikesan oleh pihak yang berkenaan.Sebarang kemuskilan sila berhubung dengan GD SKP2. TQ..

Marksheet

Cikgu-cikgu…isikan markah PKSR 2 dengan segera..SuP akan print semua marksheet pd 29 Okt 2010..Jumaat..sila pastikan semua markah diisi, TH utk murid tidak hadir..jangan biarkan markah tidak diisi kerana akan menyebabkan ketidaktepatan pada analisa dan rumusan2 data headcount, Gred Purata sekolah dan unjuran sekolah. Cikgu yang inginkan softcopy markshet boleh kemukakan di ruangan ulasan..sertakan alamat email..TQ

04 Oktober 2010

Panggilan Palsu..Berhati-hati (sudah lama berlaku, tapi kita tidak tahu)

Saya telah menerima panggilan daripada MBF card..0321698888, mengatakan saya ada mastercard gold..(terkejut, coz saya tidak layak) pegawai tersebut memberikan akaun card tersebut..5419120077334913..ada tunggakkan RM8k lebih...(merah muka saya)..sedangkan saya tidak pun memohon card tersebut..pengawai tersebut ada no IC baru saya..itu yang buat saya percaya..pengawai tersebut meminta saya membuat laporan kepada Pusat Pengurusan Kad Palsu no tel: 0327727306, bila saya mengatakan saya tidak mempunyai kad tersebut.

Bila saya membuat panggilan ada pengawai yang menjawab panggilan tersebut dan meminta saya memberikan maklumat.. nama, ic, no kad, tinggi dan berat(utk lihat cctv) siap buat rakaman perbualan untuk bukti..siasatan mengambil masa 3 hari dan akan menghubungi saya kembali berkaitan siasatan tersebut...nasib baik saya tidak memberikan no akaun bank saya..

Saya telah menghubungi Bank Negara Malaysia(BNMTELELINK 1-300-88-5465) dan MBF cawangan Kuala Lumpur,(tiada akaun kad credit didaftarkan atas nama saya) Mereka mengatakan panggilan tersebut adalah palsu, itu adalah salah satu cara mereka untuk mendapatkan maklumat berkaitan akaun perbankkan kita...

berhati-hatilah dengan panggilan & SMS daripada bank..Pastikan panggilan tersebut daripada bank..Jika anda menerima panggilan tersebut..sila hubungi bank tersebut menggunakan no telefon rasmi bank tersebut untuk mendapatkan kepastian.


Siaran Daripada Bank Negara Malaysia Berkaitan Kegiatan tersebut:

Ref No: 04/09/01

Embargo: Untuk Siaran Segera

Berhati-hati dengan SMS dan Panggilan Telefon Palsu yang Meminta Pengesahan Transaksi Kad Kredit

Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa dibuat oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana bank perdagangan.

Hakikatnya:

  • Tiada jabatan "Unit Kad Kredit Palsu" di Bank Negara Malaysia
  • Nombor telefon 8659-XXXX bukan talian telefon Bank Negara Malaysia
  • Bank Negara Malaysia TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat perbankan peribadi daripada orang ramai sama ada melalui SMS mahupun panggilan telefon.

Berdasarkan aduan yang diterima oleh Bank Negara Malaysia kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam kejadian panggilan telefon atau SMS palsu kepada orang ramai yang tidak mengetahui mengenai kegiatan ini, bagi mendapatkan maklumat perbankan peribadi mereka dengan tujuan untuk mengambil wang daripada akaun mereka.

Berdasarkan siasatan oleh Bank Negara Malaysia, modus operandi kegiatan penipuan ini adalah seperti yang berikut:

  1. Mangsa menerima SMS atau panggilan telefon: Meminta mangsa mengesahkan sesuatu transaksi kad kredit untuk pembelian barangan atau perkhidmatan yang kononnya telah dicaj kepada kad kredit mangsa.
  2. Apabila mangsa menelefon nombor yang tertera dalam SMS berkenaan, pemanggil palsu itu akan memperkenalkan dirinya sebagai ejen sesebuah bank perdagangan dan sekali lagi meminta mangsa mengesahkan transaksi kad kredit berkenaan.
  3. Apabila mangsa memberitahu pemanggil palsu itu yang beliau tidak ada membuat transaksi berkenaan, pemanggil palsu itu akan berpura-pura bersimpati dengan apa yang berlaku dan menasihati mangsa untuk membuat aduan dengan "Unit Kad Kredit Palsu" di Bank Negara Malaysia, atau dengan "jabatan pengurusan kad kredit" bank perdagangan. Pemanggil palsu itu akan memberikan nombor telefon "Unit Kad Kredit Palsu" kepada mangsa.
  4. Apabila mangsa menghubungi nombor telefon berkenaan, mereka akan disambut oleh sistem pesanan suara automatik yang menyatakan tempat itu sebagai Bank Negara Malaysia, dan panggilan tersebut kemudiannya dijawab oleh seseorang yang mendakwa dirinya sebagai pegawai Bank Negara Malaysia. Pegawai ini akan meminta maklumat berkaitan akaun perbankan dan kad kredit mangsa dengan memberikan alasan bahawa dia akan menghantar aduan tersebut kepada pihak yang berkenaan bagi pihak mangsa.
  5. Pemanggil palsu itu kini telahpun mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membuat pindahan wang secara tidak sah daripada akaun mangsa.

Berdasarkan modus operandi tersebut, orang ramai diingatkan supaya tidak memberikan maklumat perbankan peribadi mereka kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali sebelum membuat semakan yang teliti.

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan atau aduan, orang ramai boleh menghubungi atau berkunjung ke:

BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faksimile: (03)2174 1515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan bagi Pengunjung)
Blok D, Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)

ABMConnect (Talian Penting Persatuan Bank-bank Malaysia )
Tel: 1-300-88-9980

Bank Negara Malaysia
7 April 2009

© Bank Negara Malaysia, 2010. All rights reserved.

27 September 2010

HARI KANTIN 2010

Helo, heloo......warga skp2

Hari Kantin Telah kembali...
jangan lupa dapatkan kupon daripada guru kelas anda..

'INGAT Guru Kelas Anda'

..Buat bayaran dan dapatkan KUPON..

'INGAT SKP2 INGAT KUPON..'

Beli KUPON sambil menderma..

Banyak gerai disediakan..
1. Gerai makanan,
2. Permainan(siber web games.. best wooo),
3. Jumbo sale, permintaan lagu.

Mari kita Meriahkan bersama..

19 September 2010

UPSR

Selamat Menduduki UPSR 2010 kepada semua murid tahun 6 2010..
SEMOGA BERJAYA..

08 September 2010

Lebaran

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA SKP2,
PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG SKP2..
SEGALA SILAP DAN SALAH, TERSILAP TULIS..
SENGAJA ATAUPUN TAK SENGAJA..
HARAP DIMAAFKAN..
WAKRIE

30 Ogos 2010

HARI KANTIN 2010

DATANGLAH BERAMAI2..
BANYAK GERAI AKAN DIBUKA..
BANYAK MAKANAN DAN PERMAINAN DISEDIAKAN..
MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG...
BERSAMALAH KITA MEMERIAHKAN HARI KANTIN SKP2..
JANGAN LUPA 9 OKTOBER 2010..
JUMPA DI SANA..SANA..

Pakaian PJK

24 Ogos 2010

12 Ogos 2010

CUTI RAYA


Cuti raya sekolah boleh tambah..hari jumaat baru sekolah..
Dapat la mengelak kesesakan lalu lintas time balik KL..

07 Ogos 2010

Bilik Pemulihan


Ikan sudah bela..Bunga sudah tanam..lepas ni ape pula Yasu...
Sekarang dah tak boleh panggil Bilik Pemulihan dah..Kena tukar kepada Taman Pemulihan..boleh Yasu...

Aktiviti Pengakap

Semangat Waja...

Gaul tanah tu rata2 baru subur bila tanam pokok

Gotong royong mencari tanah...untung2 dapat harta karun

Senyum tecer mas..tangan cantik jer..

Tanam jangan tak tanam..Lepas ni sape yang nak jaga pula...hihihi

04 Ogos 2010

Akuarium

Yasu...aper cerita ikan yasu..dh besar belum...

MOTIVASI UPSR

Motivasi UPSR akan dijalankan pada 7 Ogos 2010(Sabtu). Murid tahun 6 diminta prihatin dengan aktiviti tersebut. Kehadiran murid tahun 6 adalah diwajibkan.
Harap Maklum

SEKOLAH GANTI

Kepada warga SKP2 sekolah ganti sempena Depavali akan dilaksanakan seperti berikut:
Tarikh:7 Ogos 2010 (Sabtu)
Jadual Hari KHAMIS
Harap Maklum

29 Julai 2010

MOTIVASI UPSR

Kepada semua murid tahun 6.
Motivasi UPSR akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh:31Julai2010
Tempat: Bilik Mesyuarat SKP2
Masa:8:00pagi-12:00tgh

PENDAFTARAN PTK OKTOBER 2010

GURU-GURU YANG LAYAK(BARU MENGAMBIL PERTAMA KALI PADA PTK JUN 2010@GURU BARU SAH JAWATAN @GURU YG MEMPEROLEH II) DAN BERMINAT UNTUK MENGAMBIL PTK OKTOBER 2010 SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA: AZHARI

23 Julai 2010

Kem Waja Diri

Semua Warga SKP2(yg terlibat)..diharap dapat hadir pada masa yang telah ditetapkan..
24-25julai...

17 Julai 2010

Pendaftaran PTK Oktober

Pendaftaran PTK Oktober akan dijalankan selepas keputusan PTK Jun diketahui. Guru-guru yang baru pertama kali mengambil PTK (PTK Jun) atau mendapat keputusan II kedua-dua kertas layak mengambil sekali lagi.

Keputusan PTK JUN

Kepada semua penjawat awam yang mengambil PTK Jun, keputusan akan diketahui bermula pada 22 Julai 2010. Calon-calon yang berkaitan boleh menyemak melalui laman MPM atau melalui sistem pesanan ringkas. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang

15 Julai 2010

MOTIVASI

Tugas Guru...memang macam-macam..selagi berkaitan dengan anak didik..itulah tugas guru...
warga SKP2..jangan lupa..bersama-sama kita tidur di khemah...

09 Julai 2010

Pendaftaran PTK sesi2

Kepada guru-guru yang layak (tidak mendaftar sesi 1), sila maklumkan kepda saya jika ingin mendaftar pada sesi ke-2..kelayakkan muktamad akan diketahui selapas saya menghadiri taklimat pada 16 Julai 2010..Maklumat terbaharu saya akan umumkan di blog sek..Sekian Terima Kasih.

01 Julai 2010

Marksheet PKSR1 2010

Saya telah selesai UPLOAD pada menu -->Peperiksaan-->Data peperiksan.
Mana-mana guru yang memerlukan data tersebut boleh Download mengikut kelas..

Sekian Terima Kasih

Menu Koleksi Gambar

Koleksi2 gambar Temasya Sukan SKP2 2010 boleh dilihat pada menu tersebut..
Video2 dalam proses convert format..dan akan di upload dlm jangka masa terdekat..
TQVM

29 Jun 2010

SUKAN 2010

Johan: RUMAH BIRU
N.Johan: RUMAH HIJAU
KeTiga: RUMAH KUNING
KeEmpat: RUMAH MERAH

Tahiah!!
RUMAH BIRU..memang hebat guru2 & murid2..semua ada GOOD.

25 Jun 2010

Pendapat DR M

Peperiksaan perlu ada: Dr Mahathir


2010/06/25

KANGAR: Peperiksaan walau dalam apa sistem sekali pun, tetap perlu diadakan kerana ia satu bentuk ujian untuk menilai kebolehan seseorang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau ketika mengulas isu pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), berkata apa yang perlu dinilai sebenarnya adalah kaedah pelaksanaan dan bukannya peperiksaan itu semata-mata.
Kita perlu pastikan sistem yang akan diperkenal menggantikan UPSR dan PMR adalah lebih baik daripada sedia ada, termasuk mengkaji pelaksanaannya sebaik mungkin supaya ia menepati sasaran pelaksanaan dan berbaloi diperkenal menggantikan dua peperiksaan terbabit.
Walau apa keputusan sekali pun (mansuh UPSR dan PMR atau tidak), sekurang-kurangnya satu jenis ujian perlu diadakan kerana ia adalah satu kemestian. Jika tidak sukar untuk kita mengetahui kebolehan orang, katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan amanat kepada lebih 2,000 warga Perlis, sempena majlis pertemuan khas bersama pemimpin dan rakyat di Dewan 2020, di sini.

Hadir sama, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBA) bagi menggantikan UPSR dan PMR.

23 Jun 2010

Tarik Lembu Besi

Mansuh ker tu namanya...

Ujian Khas ganti UPSR ke SBP?


DR. MOHD. Puad Zarkashi menyampaikan sumbangan sempena lawatan Sambil Belajar Anak-anak dan Pengasuh Asrama Anak-anak Yatim Johor di Acheh di Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 22 Jun – Satu Ujian Khas mungkin bakal menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai penilaian untuk penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh (SBP).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, bagaimanapun ujian itu tidak akan diwajibkan kepada semua pelajar, bahkan diadakan untuk mereka yang berminat memilih sekolah tersebut bagi menyambung pelajaran di peringkat menengah.

“Mungkin Ujian Khas ini akan diselaraskan tetapi bukan dijadikan peperiksaan wajib sebagaimana yang pernah dibuat oleh Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

“Banyak juga kes pelajar yang mendapat 5A tetapi mereka tidak berminat memasuki sekolah berasrama penuh.

“Bagaimanapun perkara ini masih di peringkat cadangan dan banyak lagi cara lain yang boleh digunakan untuk memilih pelajar memasuki sekolah ini. Ia akan diumumkan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan RM130,199.70 untuk Asrama Anak Yatim Johor di Aceh, Indonesia sempena lawatan 37 anak yatim dan 12 guru dari asrama itu ke Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Sumbangan itu diterima daripada pelbagai badan korporat dan individu negara ini termasuk Kementerian Dalam Negeri dan sekolah-sekolah negeri Johor bagi pengurusan asrama itu yang dibina sejak empat tahun lalu akibat bencana tsunami.

Dalam pada itu, Mohd. Puad berkata, setakat ini kementerian menerima maklum balas positif daripada pelbagai pihak termasuk tokoh akademik tentang cadangan memansuhkan UPSR dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi membolehkan satu sistem pendidikan secara holistik diadakan.

Di peringkat kementerian, katanya, kajian sudah dijalankan termasuk melihat kepentingan menjadikan vokasional sebagai sistem pendidikan arus perdana bagi mewujudkan sistem dua aliran iaitu akademik dan vokasional.

“Bagaimanapun, maklum balas daripada masyarakat cukup penting kerana pendidikan merupakan perkara dinamik yang perlu ditransformasikan berdasarkan kehendak semasa.

“Kementerian sudah menjalankan kajian kerana sistem pentadbiran sudah berubah sama ada kita mahu menggunakan sistem pembelajaran berorientasikan peperiksaan ataupun sebaliknya,” katanya.

Semua calon lulus kursus diserap guru tetap

Semua calon lulus kursus diserap guru tetap

PUTRAJAYA 22 Jun - Semua calon yang telah lulus kursus perguruan tidak akan lagi dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih sebaliknya diserapkan sebagai guru tetap tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana kerajaan bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi juga memberikan status perjawatan yang lebih baik kepada guru terlatih itu.

''Dalam pengambilan yang akan datang, kita tidak perlu ada guru sandaran terlatih lagi dan kalau ada jawatan yang kita perlukan, penempatan boleh dibuat secara langsung ke mana-mana sekolah yang sesuai.

''Apa yang penting kita hendak guru yang cukup baik dan terpilih diberikan jawatan tetap selepas proses tapisan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010 anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di sini hari ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, bagi melaksanakan tindakan tersebut, sewajarnya perkongsian maklumat dari segi data pelatih antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan SPP dapat diperkemaskan.

Ini supaya proses pelantikan ke jawatan tetap itu dapat dilaksanakan dengan cekap, pantas dan berkesan.

''Buat masa ini pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan dikendalikan Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran dan Unit Pusat Universiti Kementerian Pengajian Tinggi.

''Mereka yang telah lulus latihan kemudiannya akan dilantik sebagai guru oleh SPP," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menggariskan lima syor yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti guru.

''Lima syor itu adalah mengadakan kempen merekrut calon-calon guru terbaik, memastikan guru-guru menumpukan sepenuhnya kepada tugas mengajar dan bukannya tugas perkeranian.

''Selain itu, meningkatkan akauntabiliti institut pendidikan guru melalui pengenalan sistem penarafan berdasarkan tahap kecemerlangan masing-masing, merekrut guru-guru berkualiti dalam bidang kritikal dan menambahbaik laluan kerjaya guru," katanya.

21 Jun 2010

SUKAN 2010

Sabtu 26/06/2010..temasya sukan sekolah akan diadakan..Diharap warga SKP2 menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi...Hidup rumah BIRU!!!!!! aik..terlebih sudahh..

Apa Pendapat Anda?

UPSR, PMR mungkin dimansuh


Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman bersalaman dengan para perwakilan pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Pagoh, Muar, semalam. –BERNAMA


MUAR 20 Jun – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mungkin dimansuhkan kerana sistem pembelajaran kini dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan berbanding memberi pendidikan holistik kepada pelajar.

Bagaimanapun, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dikekalkan sebagai satu-satunya peperiksaan awam di sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan kini sedang mengkaji dengan teliti cadangan pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu sebelum membuat keputusan muktamad.

“Di Malaysia, kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Umumnya sepanjang 11 tahun murid masuk ke sekolah ada tiga peperiksaan awam. Ada pihak berpendapat ini menyebabkan cara pembelajaran lebih menjurus usaha mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan awam.

“Maka sebab itu di Malaysia selain di sekolah, ibu bapa hantar anak ke tuisyen sebab hendak keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM.

“Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti di peringkat SPM sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar dekat sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pelaksanaan UPSR dan PMR adalah baik namun disebabkan terlalu menjurus kepada peperiksaan, tujuan utama menuntut ilmu secara kreatif, interaktif dan menimba pengetahuan secara holistik tidak tercapai sepenuhnya.

Beliau berkata, disebabkan terlalu berorientasikan peperiksaan, fokus utama guru dan pelajar tertumpu kepada keputusan cemerlang pada peperiksaan awam dan mereka turut dibebani dengan peperiksaan penilaian di peringkat sekolah.

“Dalam soal kerjaya dan kerja, orang tidak pakai lagi PMR dan UPSR. Orang (majikan) tidak tanya pun berapa ‘A’ yang dapat dalam PMR dan UPSR, sebaliknya hanya keputusan SPM dan di peringkat universiti saja orang ambil kira,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kebanyakan negara lain hanya mempraktikkan satu peperiksaan awam sepanjang persekolahan dan contoh itu boleh diambil Malaysia dengan memberi lebih penekanan kepada penilaian di peringkat sekolah.

“Saya sendiri berpendapat adalah lebih wajar kalau perlu adanya penilaian, kita buat di peringkat yang terakhir, selepas belajar 11 tahun (di sekolah rendah dan menengah) sebelum masuk universiti.

“Saya mengajak golongan pakar pendidikan dan masyarakat untuk memberi respons kerana kita belum ada keputusan tetapi banyak pihak mencadangkan untuk mengubah sistem kepada hanya satu sahaja peperiksaan awam,” katanya.

Namun menurut Muhyiddin, sekiranya peperiksaan UPSR dan PMR diteruskan, ia hanya sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah dan bukannya sebagai peperiksaan awam.

Tegas beliau, banyak perkara harus diteliti terlebih dahulu dan penstrukturan semula perlu dilakukan bagi membolehkan keputusan penilaian di peringkat sekolah dapat diguna pakai oleh pelajar untuk memasuki sekolah berasrama penuh.

“Ini ada hubung kait dengan rombakan sistem pendidikan negara untuk mengubah bentuk kurikulum supaya lebih banyak masa terluang untuk fokus kepada subjek-subjek utama serta aktiviti sukan.

“Di peringkat kementerian, kita sedang meneliti dan memerlukan input dari warga akademik, pendidik dan masyarakat. Debat sihat dalam media juga bagus untuk perkara ini,” katanya.

08 Jun 2010

Demam Piala Dunia

Hahaha...piala dunia start 11jun...ramailah yang bersengkang mata nak tengok bola..ya la 4 tahun sekali kan...kalau nak tengok info berkaitan piala dunia bolehlah berkunjung ke laman FIFA klick kat pautan ni..Laman Rasmi Fifa harap yang gila bola tu..jangan la gila sangat..hihihi

07 Jun 2010

HARI TERBUKA SEKOLAH

Pihak sekolah akan mengadakan Hari Terbuka seperti berikut:-
Tarikh: 25 Jun 2010 (Jumaat)
Masa: 8:00 pagi-12:00tgh
Tempat: Dewan SKP2
Sehubungan itu ibu bapa dan penjaga dijemput hadir.

Marksheet PKSR1

Guru-guru yang ingin menyiapkan marksheet, boleh menggunakan bilik ICT sepanjang cuti (Isnin-Jumaat)..jika menghadapi masalah hubungi wAkRiE dgn cara call@msg.
TQVM

PAMS

Pusat Akses Maya Sekolah (PAMS)
Seperti yang diumumkan oleh Pn Guru Besar pada perhimpunan rasmi, PAMS akan dibuka sepanjang cuti persekolahan. Warga SKP2 yang berminat boleh datang bagi menggunakan kemudahan yang ditawarkan.
(Isnin hingga Jumaat)

02 Jun 2010

Jadual PTK Jun

klick kat jadual..nnti jd besar ckit

PTK Jun

Guru-guru yang terlibat dengan peperiksaan PTK, jangan terlupa hari peperiksaan..Calon2 yg tercicir tiket peperiksaan boleh print kt laman MPM.. http://www.mpm.edu.my/ptkedit/ klick jer pautan sebelah tu nnti pegi ke sana..Masa depan tu..SEMOGA BERJAYA..

29 Mei 2010

Status e-GTukar

Guru2 yg memohon pindah sekolah, boleh menyemak keputusan permohonan di laman e-GTukar..

26 Mei 2010

20 Mei 2010

Menu Baru

1. Akt SKP2---> berita @ aktiviti berkaitan sekolah
2. Akt Kokurikulum---> berita @ aktiviti Unit Kokurikulum
3. Koleksi Gambar---> gambar2 aktiviti sekolah

Blog sekolah akan dikemaskini dari masa ke semasa untuk lebih mesra pengguna..menu2 lain akan ditambah mengikut keperluan

Jadual PKSR 1


Jadual PKSR 1 2010...
Kelewatan jadual akibat masalah komunikasi...
maaf atas masalah yang timbul...
*draf jadual untuk semua penilaian telah di'upload'kan menu peperiksaan

12 Mei 2010

TIKET PTK SESI JUN 2010

4.

TIKET PTK SESI JUN 2010 & PEMBETULAN MAKLUMAT

Posted by: "akramin z" akraminz@yahoo.com akraminz

Tue May 11, 2010 11:27 pm (PDT)

Salam..
Selamat sejahtera

Tiket PTK Sesi Jun 2010 telah tiba kat JPWP hari ini (12 Mei 2010)... Kerja isihan sedang giat dibuat.. Esok akan masuk pigeon hole .. Jumaat 14 Mei 2010 , PAR sek datang ambil.. mohon edarkan segera
Mohon maklumkan kpd semua calon , sila buat pembetulan maklumat di laman web mpm jika salah ejaan Nama dan no. KP sebelum 17 Mei 2010.

* Jika hilang tiket ,sila cetak dr web mpm
Sekian untuk maklumkan.

Bola Baling

Tahniah Team Bola Baling SKP2...masuk separuh akhir Negeri...pencapaian membanggakan untuk sekolah....
Teruskan usaha...tekadkan semangat jurulatih walaupun dah letih...Mr.Saiful & Team..tahniah.

03 Mei 2010

Tiket PTK

Guru-guru yang berkenaan boleh melayari portal MPM untuk print tiket ptk jun...
Pautan juga saya sediakan di 'Pautan Ke Laman Lain' ----> Tiket PTK
Sekian Harap maklum....

Beruniform Lengkap

Rabu ni jangan lupa...pakaian lengkap unit beruniform...

Headcount M.Pel Teras

Guru2 boleh mengakses pada ruang Menu ---> Peperiksaan-----> Headcount..
Cikgu2 boleh download mengikut kelas...

30 April 2010

Jadual Waktu Kelas

Guru-guru boleh menggunakan komputer 4...
guna id Guru untuk log masuk komputer...
Pilih kelas cikgu pada icon di desktop..

TQVM

Menu Cerita

Mulai minggu ni wAkRiE akan meng'upload'kan "Cerita Pasal Budak 8 Tahun".... untuk bacaan warga skp2...

anda boleh mengakses pada ruang Menu---->Cerita... disebelah kanan blog.. TQVM

28 April 2010

cerita pasal Bola Baling

Tahniah kepada pemain bola baling perempuan, berjaya menaikkan nama sekolah walaupun sekadar Naib Johan Zon.. Satu kebanggaan Warga SKP2.. Tahniah kepada pemain, juru latih sukarela...En Saiful and the kru..tahniah...
Teruskan usaha untuk membantu Zon Bangsar diperingkat Negeri..
Pasukan sekolah lebih kuat daripada pasukan sekolah lain ni...
bukan pasukan sekolah lain tak kuat tau....
Letupan kedua....

26 April 2010

Pasal Komputer lagi



Matikan Autoplay Pada Windows Vista

Seperti yang kita sedia maklum, virus boleh mengaktifkan dirinya sendiri dengan mengekploitasi fungsi Autoplay dalam Windows. Sebab itulah virus dan malware sangat mudah merebak dari satu komputer ke komputer yang lain, terutamanya melalui perkongsian USB drive. Jadi, adalah lebih baik fungsi ini dimatikan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus.Saya ada menulis tentang cara-cara mematikan fungsi Autoplay pada Windows Vista:

1. Buka Control Panel dan pilih AutoPlay. Skrin untuk membuat tetapan terhadap AutoPlay akan dipaparkan.


2. Buang tanda pada “Use Autoplay for all media

3. Klik pada butang Save.

Semudah itu sahaja untuk mematikan fungsi Autoplay dalam Windows Vista.

22 April 2010

Cerita Pasal Komputer 2

KeePass – Password Manager Untuk Windows, Linux, dan OS X

Password manager adalah sejenis software yang berfungsi untuk menyimpan username dan password bagi akaun-akaun Internet anda. Anda dinasihatkan supaya menggunakan password yang berlainan pada setiap akaun bagi tujuan sekuriti.

KeePass adalah sebuah password manager yang popular kerana ia boleh digunakan pada Windows, Linux, dan OS X. Seperti password manager yang lain, KeePass mempunyai fungsi untuk menyimpan username dan password, mencadangkan password, membuka URL, dan banyak lagi.

Install KeePass dan pilih “New Database…” untuk membuat satu database yang baru bagi kesemua akaun-akaun anda. Kemudian, masukkan username serta password satu-persatu dengan memilih “Add New Entry…”. Pastikan anda save database setelah memasukkan maklumat-maklumat tersebut.

Sekiranya anda selalu menggunakan Internet pada komputer atau OS yang berlainan, saya cadangkan supaya anda install Dropbox dan simpan database tersebut di dalam folder Dropbox. Dengan ini, sebarang perubahan pada database akan sentiasa synchronize (diselaraskan) pada semua komputer atau OS yang anda gunakan.

Download KeePass untuk Windows=> http://keepass.info/download.html

UNDI..

Sudahkan Anda Mendaftar Sebagai Pengundi?

“Kenapa masih ada orang yang tidak berumah, tidur di tepi jalan.”

“Kenapa harga tol selalu sangat naik”

“Kenapa nasi lemak ni makin lama makin sikit, padahal harga sama je”

Setiap hari kita menyuarakan rasa tidak puas hati kita. Bukan kerana kita suka mengadu, tapi kerana kita inginkan sesuatu yang lebih baik.

Namun kalau kita hanya duduk dan pandai berkata-kata sahaja, ianya tidak akan membawa sebarang perubahan. Jadi, saya ingin bertanya kepada semua yang berumur 21 tahun dan ke atas: sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi?

Jika sudah, tahniah buat anda kerana mengambil berat ke atas negara ini. Jika belum, saya ajak anda mengambil tindakan hari ini juga untuk mendaftar sebagai pengundi. Walaupun pilihanraya umum mungkin masih jauh lagi, adalah penting untuk anda mendaftar awal kerana prosesnya memakan masa.

Mungkin ada yang berfikir politik itu terlalu kotor dan kompleks buat mereka, dan mereka tidak mahu terlibat dengannya. Tapi ingatlah anda sendiri yang bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kepada anda. Jadilah orang yang bertindak.

21 April 2010

Cerita Pasal Komputer

Apa Itu Boot Sequence?

Boot sequence adalah satu susunan yang menentukan dari mana komputer anda harus membaca data, seterusnya memulakan sistem pengoperasian. Satu aturan boot sequence yang lazim digunakan adalah seperti ini:

1. Hard Disk
2. Disket
3. CD-ROM

Berdasarkan senarai di atas, apabila komputer dihidupkan, ia akan melihat ke dalam hard disk terlebih dahulu. Sekiranya terdapat sistem pengoperasian dalam hard disk tersebut, ia akan dijalankan. Sekiranya tidak, komputer akan melihat pula ke dalam disket, kemudian ke dalam CD-ROM, dan seterusnya.

Jadi, jika anda ingin memasang sistem pengoperasian baru ke dalam komputer anda (install Windows XP atau Ubuntu misalnya), ataupun jika anda ingin menjalankan live CD, anda harus mengubah boot sequence yang pertama kepada CD-ROM.

Begitu juga jika anda ingin menjalankan sistem pengoperasian dari USB drive (Slax misalnya), boot sequence yang pertama haruslah ditetapkan kepada kepada USB.


Boot sequence boleh diubah melalui skrin BIOS. Untuk memasuki skrin BIOS, hidupkan komputer dan tekan F2 atau Delete (bergantung kepada komputer anda, lihat pada paparan yang muncul sewaktu komputer mula didhidupkan). Kemudian, cari menu yang berkaitan dengan boot sequence untuk mengubah aturannya.

Count Pelawat

Baru letak hari ni 12:00tgh 21april2010....nak tinjau ramai ker yg dtg ker blog ni...hihihi

20 April 2010

Masih Ada Yang Sanggup....

jurulatih+pengurus=mencongak stategi...









Berkampung dulu....maner satu nak kena lawan dulu



tengok muka...sudah "matahari bakar" warna sudah tukar...














15 April 2010

Bola Jaring

Harapan disandarkan kepada pemain bola jaring untuk mengulangi pencapaian team bola tampar..
Johan Kumpulan...petang ni masuk suku akhir....semoga berjaya..
SKP2 Boleh...
Buat Letupan ke-dua Tahun 2010

10 April 2010

Wajah Baru


Hasil tangan Cgu Hanif & Cgu Syafiq...

TQ, TQ... walaupun belum siap 8/4/2010..

Ceria lah sikit bilik tu...
Klu edak.....kusam jer....hihihi

02 April 2010

Bola Tampar


tanda Sokongan...hadir bersama (En. Hadi)YDP PIBG, PK KOKU (En.Niezam), S/U SUKAN (En.Hailme)...GURU-GURU (Pn.Azizah, Pn. Suria Hani, Mr.Syafiq)...LETUPan pertama
Tahun ini Juara....

EMAS


Untuk Warga SKP 2

Team Bola Tampar


no 15 .....cayalah