04 Oktober 2010

Panggilan Palsu..Berhati-hati (sudah lama berlaku, tapi kita tidak tahu)

Saya telah menerima panggilan daripada MBF card..0321698888, mengatakan saya ada mastercard gold..(terkejut, coz saya tidak layak) pegawai tersebut memberikan akaun card tersebut..5419120077334913..ada tunggakkan RM8k lebih...(merah muka saya)..sedangkan saya tidak pun memohon card tersebut..pengawai tersebut ada no IC baru saya..itu yang buat saya percaya..pengawai tersebut meminta saya membuat laporan kepada Pusat Pengurusan Kad Palsu no tel: 0327727306, bila saya mengatakan saya tidak mempunyai kad tersebut.

Bila saya membuat panggilan ada pengawai yang menjawab panggilan tersebut dan meminta saya memberikan maklumat.. nama, ic, no kad, tinggi dan berat(utk lihat cctv) siap buat rakaman perbualan untuk bukti..siasatan mengambil masa 3 hari dan akan menghubungi saya kembali berkaitan siasatan tersebut...nasib baik saya tidak memberikan no akaun bank saya..

Saya telah menghubungi Bank Negara Malaysia(BNMTELELINK 1-300-88-5465) dan MBF cawangan Kuala Lumpur,(tiada akaun kad credit didaftarkan atas nama saya) Mereka mengatakan panggilan tersebut adalah palsu, itu adalah salah satu cara mereka untuk mendapatkan maklumat berkaitan akaun perbankkan kita...

berhati-hatilah dengan panggilan & SMS daripada bank..Pastikan panggilan tersebut daripada bank..Jika anda menerima panggilan tersebut..sila hubungi bank tersebut menggunakan no telefon rasmi bank tersebut untuk mendapatkan kepastian.


Siaran Daripada Bank Negara Malaysia Berkaitan Kegiatan tersebut:

Ref No: 04/09/01

Embargo: Untuk Siaran Segera

Berhati-hati dengan SMS dan Panggilan Telefon Palsu yang Meminta Pengesahan Transaksi Kad Kredit

Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa dibuat oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana bank perdagangan.

Hakikatnya:

  • Tiada jabatan "Unit Kad Kredit Palsu" di Bank Negara Malaysia
  • Nombor telefon 8659-XXXX bukan talian telefon Bank Negara Malaysia
  • Bank Negara Malaysia TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat perbankan peribadi daripada orang ramai sama ada melalui SMS mahupun panggilan telefon.

Berdasarkan aduan yang diterima oleh Bank Negara Malaysia kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam kejadian panggilan telefon atau SMS palsu kepada orang ramai yang tidak mengetahui mengenai kegiatan ini, bagi mendapatkan maklumat perbankan peribadi mereka dengan tujuan untuk mengambil wang daripada akaun mereka.

Berdasarkan siasatan oleh Bank Negara Malaysia, modus operandi kegiatan penipuan ini adalah seperti yang berikut:

  1. Mangsa menerima SMS atau panggilan telefon: Meminta mangsa mengesahkan sesuatu transaksi kad kredit untuk pembelian barangan atau perkhidmatan yang kononnya telah dicaj kepada kad kredit mangsa.
  2. Apabila mangsa menelefon nombor yang tertera dalam SMS berkenaan, pemanggil palsu itu akan memperkenalkan dirinya sebagai ejen sesebuah bank perdagangan dan sekali lagi meminta mangsa mengesahkan transaksi kad kredit berkenaan.
  3. Apabila mangsa memberitahu pemanggil palsu itu yang beliau tidak ada membuat transaksi berkenaan, pemanggil palsu itu akan berpura-pura bersimpati dengan apa yang berlaku dan menasihati mangsa untuk membuat aduan dengan "Unit Kad Kredit Palsu" di Bank Negara Malaysia, atau dengan "jabatan pengurusan kad kredit" bank perdagangan. Pemanggil palsu itu akan memberikan nombor telefon "Unit Kad Kredit Palsu" kepada mangsa.
  4. Apabila mangsa menghubungi nombor telefon berkenaan, mereka akan disambut oleh sistem pesanan suara automatik yang menyatakan tempat itu sebagai Bank Negara Malaysia, dan panggilan tersebut kemudiannya dijawab oleh seseorang yang mendakwa dirinya sebagai pegawai Bank Negara Malaysia. Pegawai ini akan meminta maklumat berkaitan akaun perbankan dan kad kredit mangsa dengan memberikan alasan bahawa dia akan menghantar aduan tersebut kepada pihak yang berkenaan bagi pihak mangsa.
  5. Pemanggil palsu itu kini telahpun mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membuat pindahan wang secara tidak sah daripada akaun mangsa.

Berdasarkan modus operandi tersebut, orang ramai diingatkan supaya tidak memberikan maklumat perbankan peribadi mereka kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali sebelum membuat semakan yang teliti.

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan atau aduan, orang ramai boleh menghubungi atau berkunjung ke:

BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faksimile: (03)2174 1515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan bagi Pengunjung)
Blok D, Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)

ABMConnect (Talian Penting Persatuan Bank-bank Malaysia )
Tel: 1-300-88-9980

Bank Negara Malaysia
7 April 2009

© Bank Negara Malaysia, 2010. All rights reserved.