17 Disember 2011

CARA KEMASKINI HRMIS

 klik pd aplikasi HRMIS versi Internet
biarkan tab portal Rasmi HRMIS terbuka.
*kena sabar..selalunya lambat..


masukkan id spt yg dinyatakan..kata laluan sms saya..nnti klu bg tau kat cni semua boleh guna.

klik pada Pengurusan Rekod Peribadi..
*yg lain tu x payah tengok dulu..ada masa bolehla servey2..


klik Rekod Peribadi


Kemaskini Rekod Peribadi


kemudian klik kat menu belah atas tu satu persatu kemudian kemaskini semuanya..hihihi


dah kemaskini tu..catatan tu buat la kalu rajin..kemudian klik Hantar..

 klik Yes....

klik OK




kemudian keluar paparan di atas..kalau dah keluar paparan tersebut baru berjaya update yang dibuat..
*setiap kemaskini yang dibuat tidak terpapar terus..setelah mendapat pengesahan daripada pihak yang bertanggungjawab barulah update yang dibuat akan terpapar..berapa lama? saya pun x pasti..1jam, 2jam..1hari..2hari..1minggu...2minggu...sama2 kita tunggu


Selamat mengemaskini data peribadi anda..

10 Disember 2011

Pn Mastura

Pn Mastura akan meninggalkan kita pada 15 Dis 2011. Beliau dapat bertukar ke SK Bukit Jalil. Selamat bertugas di tempat baharu.

Mesyuarat persiapan 2012

Semua Guru diharap dapat hadir pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

GroupYahoo SKPetaling 2

Cikgu2 SKPetaling2, harap dapat joint group ini..tolong terima permintaan daripada wakrieskpetaling2 group... http://groups.yahoo.com/group/wakrieskpetaling2/ , senang sikit sy nak post apa perkara yang berkaitan dengan bidang tugas kita nanti...

SBPA

Untuk rujukan guru2 boleh kunjungi laman ini. http://www.moe.gov.my/sbpa/ berkaitan dengan Sistem saraan baru perkhidmatan awam..tarikh tutup terima tawaran pada 31dis2011..

08 Oktober 2011

Penjawat awam naik gaji

1.2j penjawat awam naik gaji

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Kira-kira 1.2 juta penjawat awam bakal menerima kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus mulai tahun depan apabila perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju meningkatkan kadar kenaikan gaji tahunan penjawat awam antara RM80 sehingga RM320 setahun mengikut gred ekoran ia tidak pernah disemak sejak 1991.

Bagi pesara pula, beliau berkata, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen melibatkan peruntukan RM600 juta dan mulai tahun 2013 kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

Di dalam bajet kali ini, Najib turut mengumumkan had umur baru bagi persaraan wajib iaitu daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

"Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru," ujar Perdana Menteri.

Selain itu, Najib juga mengumumkan bayaran bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kakitangan awam yang akan dibayar pada bulan Disember ini selain bayaran khas RM500 kepada semua pesara kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, penyelarasan gaji serta kenaikan kadar kenaikan gaji tahunan itu merupakan salah satu daripada empat elemen Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mula diperkenalkan dalam bajet tahun ini.

"SBPA merupakan satu sistem saraan baru yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan ia digubal dengan bermatlamat mentransformasi Perkhidmatan Awam Malaysia supaya ia menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi," ujarnya.

Menghuraikan lebih lanjut tiga elemen lagi di dalam SBPA, Perdana Menteri berkata, kenaikan gred berdasarkan time-based (tempoh perkhidmatan) bagi guru akan dikurangkan daripada tahun ke-10 kepada tahun kelapan perkhidmatan.

Beliau berkata, ini bermakna seorang guru akan berada pada gred 44 pada tahun kelapan dan gred 48 pada tahun ke-16.

"Jika mengikut time-based sekarang ia memakan masa 10 tahun tetapi di bawah SBPA ia hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja," katanya lagi.

Satu lagi elemen yang terdapat di dalam SBPA, beliau berkata, gaji maksimum dalam gred ditingkatkan lebih 30 peratus.

"Sebagai contoh di dalam SSM bagi seorang guru gred DG48 gaji maksimumnya adalah RM6,325.39 tetapi di dalam SPBA gaji maksimum akan meningkat 37.7 peratus. Dengan pertambahan itu jumlah gaji maksimum yang baru ialah RM8,710," ujarnya.

Ujar Najib elemen terakhir di dalam SBPA ialah wujudnya dasar pemisah atau 'exit policy' bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan bagi mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan.

06 Jun 2011

Markah PKSR 1 2011

Cikgu2 diminta mengisi markah kedalam senarai nama murid yang telah saya emailkan ke alamat email yang cikgu berikan kepada saya. Sila emailkan semula kepada saya..Jika menghadapi masalah sms saya.
Sekian terima kasih..

15 April 2011

Pengetua wajib beri rehat untuk kurangkan beban tugas pengajar

Berita harian 05/06/2010 Pengetua wajib beri rehat untuk kurangkan beban tugas pengajar
PASIR PUTEH: Pengetua dan guru besar wajib memberi rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam tempoh sebulan untuk mengurangkan beban tugas mereka, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Beliau berkata mereka tidak boleh memaksa guru-guru bertugas pada setiap hari Sabtu dengan aktiviti kokurikulum dan akademik. Surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada setiap sekolah," katanya kepada pemberita selepas menutup Hari Kecemerlangan sekolah-sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh di sini semalam.

BERNAMA memetik Alimuddin berkata, pihak sekolah bagaimanapun boleh mengadakan aktiviti luar pada dua hari Sabtu setiap bulan dengan syarat merancang jadual lebih awal untuk memberi ruang guru merancang aktiviti keluarga. Selain itu, beliau berkata, jika Sabtu jatuh pada hari kelepasan am, sekolah sama sekali tidak boleh memaksa guru bertugas. Beliau mengulas rungutan guru yang dipaksa guru besar dan pengetua supaya mengajar kelas tambahan pada setiap Sabtu, menyebabkan mereka tiada waktu rehat secukupnya. Akhbar sebelum ini melaporkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Kementerian Pelajaran mempertimbangkan supaya guru hanya bekerja lima hari seminggu, sama seperti penjawat awam lain.

Sementara itu, Presiden NUTP, Hashim Adnan, meminta semua pengetua dan guru besar akur surat pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran. Katanya, ini kerana tindakan segelintir pengetua dan guru besar yang memaksa guru mengajar kelas tambahan pada setiap Sabtu hanya merugikan pihak sekolah dan guru sendiri. “Jika guru dikerah mengajar setiap Sabtu, ia boleh menyebabkan mereka hilang fokus akibat keletihan apabila mengajar pada minggu berikutnya. “Keputusan supaya guru wajib diberi rehat dua hari Sabtu dalam tempoh sebulan adalah langkah yang tepat, namun NUTP tetap berpendapat guru wajib rehat pada setiap Sabtu,” katanya. Selain itu, beliau meminta kementerian mengkaji semula Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2005 yang memberi kelonggaran kepada sekolah melaksanakan program pendidikan tidak lebih dua kali Sabtu dalam sebulan.

21 Mac 2011

Lencana Sekolah


X-Student skp2.. Lencana sekolah...
add facebook SkPetaling Dua ada lencana sekolah..

e-Operasi

Guru-guru diminta mengemaskini maklumat diri dalam kadar segera..Tarikh tutup 27Mac 2011. Sila berhubung dengan En Azhari untuk pengemaskinian tersebut..Sekian terima kasih.

Panduan untuk IE

Panduan untuk IE


Menggunakan pelayar web Internet Explorer memerlukan pengguna mengetahui status keselmatannya.

(Megabait@Utusan Malaysia)

Bagaimanakah cara untuk memastikan pelayar web Internet Explorer selamat digunakan?
Dalam program Internet Explorer (IE) terdapat empat bahagian tahap keselamatan yang anda boleh konfigurasikan iaitu bahagian Trusted, Restrict, Internet dan Intranet atau setempat. Ia bergantung kepada zon mana anda mengetahui status keselamatan atau percaya kepada laman-laman web yang akan dilayari menerusi IE.

Konfigurasi ini juga dikenali sebagai zon keselamatan yang boleh dikonfigurasikan dalam menu keselamatan pada program IE.

Konfigurasi ini membolehkan anda melayari laman web di Internet menggunakan program IE dengan lebih selamat.

Seterusnya diperincikan langkah-langkah konfigurasi tersebut iaitu:-

* Klik pada butang Tools yang terdapat pada menu di atas program IE.

* Klik pada butang Internet Options atau Option yang terdapat di menu Tools.

* Apabila tetingkap Internet Options dibuka, klik pada tab Security.

* Di sini anda boleh membuat pilihan untuk salah satu zon keselamatan program IE iaitu sama ada Internet, Local Intranet, Trusted Site atau Restricted Site Zones untuk anda konfigurasikan.

* Untuk mengkonfigurasikan kesemua jenis zon keselamatan tersebut, anda boleh memilih pilihan untuk konfigurasi secara lalai iaitu konfigurasi yang telah ditetapkan oleh pihak Microsoft pada IE sekiranya tidak mahir.

Ini boleh dilakukan dengan memilih dan klik pada menu Default Level untuk setiap zon atau klik pada menu Reset all zones to default level.

* Zon keselamatan yang penting adalah pada zon Internet.

Pada zon ini anda boleh menetapkan tahap keselamatan ketika melayari Internet iaitu sama ada memilih tahap Medium, Medium-high atau High.

* Di samping itu, disetiap zon keselamatan ada pilihan untuk kita konfigurasikan keselamatan pelayar web secara manual atau kendiri iaitu pada menu atau butang Custom Level. Pastikan anda mengetahui berkenaan apa yang anda konfigurasikan pada menu ini.

Masalah pada ikon Windows

Masalah pada ikon Windows

-Hafiz Nazir , KL. (Megabait@Utusan Malaysia)
Maklumat berkenaan dengan ikon-ikon dan konfigurasinya yang terdapat dalam Windows disimpan dalam satu tempat simpanan yang dikenali sebagai icon cache.

Dengan cara begini, Windows berupaya mengoptimumkan penggunaan ikon-ikon yang terdapat di dalamnya tanpa perlu membuka setiap fail larian iaitu fail .exe dan lain-lain.

Di samping itu, dengan cara ini, Windows tidak perlu mengimbas satu demi satu ikon yang akan digunakan di dalamnya pada setiap masa dan ketika.

Kemungkinan besar masalah ini berpunca daripada fail sistem yang bermasalah bagi Windows untuk melakukan proses caching bagi membolehkan ikon-ikon di dalamnya berfungsi dengan baik.

Apabila proses ini terdapat kecacatan, ia akan menyebabkan ikon-ikon tadi berfungsi dengan tidak baik atau tidak berfungsi langsung. Contohnya ikon-ikon tersebut bertukar-tukar secara rawak setiap kali digunakan.

Kesemua ikon menjadi hitam atau kesemua ikon yang ada menggunakan ikon yang sama, ikon-ikon tersebut bertindihan antara satu sama lain dan sebagainya.

Bagi mengatasi masalah tersebut, bolehlah dilakukan dengan beberapa kaedah seperti yang akan dibincangkan seterusnya iaitu:-

* Menghidupkan kembali atau restart komputer anda. Kadang kala ia berupaya mengatasi banyak masalah komputer selain daripada masalah ikon ini.

* Membina semula icon-cache dengan menukar saiz ikon-ikon tersebut.

* Meningkatkan keupayaan icon-cache ini dengan menambah nilai STRING dalam fail sistem pada Registry Windows.

* Membina semula icon-cache dengan membuang sistem icon-cache yang sedia ada.

* Menyahpasangkan program Tweak UI dengan mengunakan fungsi ADD/REMOVE yang terdapat dalam Control Panel Windows.

Membina semula icon-cache dengan menukar saiz ikon-ikon tersebut.

Langkah-langkah yang boleh diambil bagi kaedah ini adalah seperti berikut:-

* Buka Control Panel dan klik pada butang Display untuk membuka fungsi tersebut.

* Pilih tab Appearance dan klik butang Advance.

* Pada ruangan Item, menyusur ke bawah dan pilih Icon.

* Tingkatkan nilai pada ruangan Size dan klik butang Apply.

* Masukkan kembali nilai pada ruangan Size dengan nilai yang lama dan klik butang Apply.

* Klik butang OK.

Meningkatkan keupayaan icon-cache ini dengan menambah nilai STRING dalam fail sistem pada Registry Windows.

Langkah-langkah yang boleh diambil bagi kaedah ini adalah seperti berikut:-

* Klik butang Start dan seterusnya klik butang Run.

* Taip regedit pada ruangan Run dan klik OK.

* Ia akan membuka satu program Registry Windows yang menyimpan segala konfigurasi fail sistem untuk Windows.

Seterusnya, cari baris konfigurasi seperti di bawah dan tetapkan nilai seperti di bawah:-

[HKEY_LOCAL_MACHINE \Software \Microsoft \Windows \CurrentVersion\Explorer]

Max Cached Icons > "8192"

Julat nilai bagi Max Cached Icons adalah di antara 100 hingga 8192. Nilai lalainya yang telah ditetapkan oleh pihak Windows adalah 512. Nilai tersebut boleh diisi dengan nilai kurang daripada nilai 8192. Nilai yang dikatakan berpatutan adalah di antara 2000 hingga 8192.

Langkah-langkah yang boleh diambil bagi kaedah ini adalah seperti berikut:-

* Buang fail sistem yang tersembunyi iaitu ShellIconCache.

* Bagi Windows yang lama ia tersimpan dalam C:\Windows\ ShellIconCache atau C:\Winnt\ ShellIconCache.

* Bagi sistem Windows yang baru, anda perlu cari fail Iconcache.db. Di mana bagi Windows XP ia terletak di C:\ Documents and Settings\Your User Name\Local Settings\Application Data\Iconcache.db

* Tutup kesemua proses-proses bagi explorer.exe dengan menggunakan Task Manager atau sebagainya.

* Dengan menggunakan Task Manager, buka kembali fail exlorer.exe dengan menekan butang CTRL+SHIFT+ESC atau menekan kembali butang CTRL+ALT+DEL untuk kembali semula ke Task Manager.

* Apabila Windows Explorer dibuka kembali apabila fail explorer.exe dibuka, ia akan membina semula secara betul fungsi bagi fail icon-cache.

Masalah ikon-ikon tidak berfungsi dengan baik atau paparannya bermasalah adalah disebabkan gangguan kepada konfigurasi fail sistemnya di dalam Windows.

Ini boleh terjadi disebabkan oleh ada fail-fail sistem tertentu dibuang atau dikonfigurasikan dengan tidak betul dengan sengaja atau tidak sengaja.

Ia juga boleh disebabkan masalah program pemacu perkakasan (driver) atau komponen-komponen komputer.

Ia perlu dibuat semakan dan sekiranya bermasalah, selesaikan masalah ini terlebih dahulu dengan memasang semula dan sebagainya.

Ia juga boleh disebabkan oleh program malware atau virus yang duduk dalam sistem komputer. Dengan itu, perlu dilakukan langkah-langkah tertentu seperti mengemaskini perisian anti-virus dan Windows, melakukan proses imbas dan perbetulkan dengan perisian anti-virus atau program security fix.

Semoga bermanfaat.

10 Mac 2011

Cuti Pertengahan Semesta 1

Sekolah akan bermula bercuti pada 12mac-20mac 2011. Sekolah akan dibuka semula pada 21mac2011. sekian harap maklum

Minggu Ujian

Minggu ini merupakan minggu ujian selaras. Diharap semua murid dapat menjawab soalan dengan cermat dan menyemak semula jawapan yang dibuat. Semoga maju jaya.

26 Februari 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG 2011

Terima kasih kepada semua yg menjayakan Mesyuarat Agung PIBG tahun 2011. Kerjasama semua diucapkan ribuan terima kasih..
YDP PIBG 2011/2012 En. Hadigunawan...Tahniah..teruskan kecemerlangan yg telah dicipta sepanjang sesi 2010/2011...Tahniah kepada semua ajk PIBG sesi 2011/2012..

22 Februari 2011

Kegiatan Kokurikulum

Kepada semua murid SKP 2.

Kegiatan Kokurikulum pada 23Februari 2011 dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Diharap semua murid terus balik ke rumah selepas waktu persekolahan.

21 Februari 2011

UJIAN SELARAS MAC 2011

Ujian Selaras Mac 2011 akan dijalankan pada 7-10 Mac 2011.
Diharap semua murid telah bersedia untuk menghadapi ujian tersebut.
Jadual ujian boleh didownload pada link berikut:- Jadual Ujian Selaras Mac 2011

KSSR

Cikgu-cikgu boleh download bahan-bahan sokongan pada pautan dibawah:-
Bahan Sokongan

MESYUARAT AGONG PIBG 2011

TARIKH:26 FEBUARI 2011
HARI: SABTU
MASA: 8:00 PAGI
TEMPAT: DEWAN TERBUKA SKP 2
KEHADIRAN: SEMUA IBU BAPA PENJAGA DAN GURU

Kehadiran tuan puan amat dialukan.

18 Februari 2011

Kelas Bimbingan

Kelas Diadakan pada setiap malam Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.
Bermula Jam 8pm hingga 10pm..
Murid-murid yang berminat boleh turut hadir bersama rakan-rakan yang telah mendaftar.
Kelas tidak diadakan semasa cuti umum

Lambaian Kasih


Bila bersama tidak terasa...bila tiada terasa hiba...
Jasamu Tetap Dikenang..
Semoga Maju Jaya...

19 Januari 2011

Hari Ini

Mesyuarat tergempar...
GB bertukar ke SK Bukit Bandaraya...
Satu Kehilangan buat SKP2...

07 Januari 2011

Motivasi 1

Alhamdulillah..motivasi telah berjalan dengan lancar..terima kasih kepada semua yang menjayakan program tersebut..terima kasih semua.

05 Januari 2011

Kelas Tuisyen dan Bimbingan DBKL

Kelas-kelas tersebut akan dimulakan pada 7Februari 2011 hingga 29Julai 2011

Kelas tuisyen tiga hari seminggu (Isnin, Selasa dan Khamis)
Kelas bimbingan lima hari seminggu(Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat)
Masa: 8pm hingga 10pm

Kelas tuisyen khas untuk murid tahun 6, Kelas bimbingan selain murid tahun 6..
hanya dikenakan bayaran pendaftaran RM10 setahun.Tiada bayaran lain yang akan dikenakan.

Dapatkan borang pendaftaran daripada Cikgu Azhari..

Pencerapan oleh Pentadbir

Bersama kita memperbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran..
Untuk anak bangsa yang tersayang..

Kecerian Kelas & Pejabat Guru (CeriaTHON)

Warga Guru SKP 2...

Masa (CeriaTHON)
Sabtu 8jan2011
8am until 11am non-stop keceriaan kelas
11am until 1pm non-stop keceriaan pejabat guru

burget sendiri ingat la..
(no rest) rest at home la..

Jangan lupa janji pada hari Sabtu..datang jangan tak datang..
Satu lagi, Jangan lupa isiperut dulu @ (bawa bontrot)
Bersama kita menceriakan kelas2 yang telah diamanahkan bersama patner2..
Sukses2...

e-Penyata Gaji


Menu e-GAJI saya letakkan pada menu pautan ke laman lain

hai RON97 ko naik lg..

Harga RON 97 naik 10 sen lagi
KUALA LUMPUR 4 Jan. - Harga minyak petrol RON 97 sekali lagi diselaraskan kepada harga baru melibatkan kenaikan 10 sen menjadi RM2.40 seliter berkuat kuasa esok.

Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal RM1.90 seliter.

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman, kenaikan harga minyak petrol RON 97 sebanyak 10 sen adalah kerana mengikut harga pasaran minyak mentah dunia.

Menurutnya, ketika ini harga pasaran minyak mentah dunia mencecah AS$100 setong.

"Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran semasa.

"Ketika ini, kerajaan tidak lagi menanggung subsidi untuk minyak petrol RON 97 dan kenaikan ini memang tidak dapat dielakkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, kenaikan itu mengikut perkiraan yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Pada 1 November lepas, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter dan pada hujung bulan itu juga ia sekali lagi mengalami kenaikan sebanyak 15 sen menjadi RM2.30 sen seliter.