22 April 2010

UNDI..

Sudahkan Anda Mendaftar Sebagai Pengundi?

“Kenapa masih ada orang yang tidak berumah, tidur di tepi jalan.”

“Kenapa harga tol selalu sangat naik”

“Kenapa nasi lemak ni makin lama makin sikit, padahal harga sama je”

Setiap hari kita menyuarakan rasa tidak puas hati kita. Bukan kerana kita suka mengadu, tapi kerana kita inginkan sesuatu yang lebih baik.

Namun kalau kita hanya duduk dan pandai berkata-kata sahaja, ianya tidak akan membawa sebarang perubahan. Jadi, saya ingin bertanya kepada semua yang berumur 21 tahun dan ke atas: sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi?

Jika sudah, tahniah buat anda kerana mengambil berat ke atas negara ini. Jika belum, saya ajak anda mengambil tindakan hari ini juga untuk mendaftar sebagai pengundi. Walaupun pilihanraya umum mungkin masih jauh lagi, adalah penting untuk anda mendaftar awal kerana prosesnya memakan masa.

Mungkin ada yang berfikir politik itu terlalu kotor dan kompleks buat mereka, dan mereka tidak mahu terlibat dengannya. Tapi ingatlah anda sendiri yang bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kepada anda. Jadilah orang yang bertindak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ